Basuh Minda

Abu Bakar Ibn Abi Maryam telah berkata bahawa rasulullah s.a.w telah bersbda:
“akan tiba pada suatu zaman di mana tiada yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.maka simpan lah Dinar dan dirham”
-Musnad Imam Ahmad bin Hanbal-

promosi emas

sinari hidup anda dengan memiliki sekeping jongkong emas atau 1 dinar emas hari ini juga..kami sedia membantu anda dalam urusan jual dan beli jongkong emas(20g,50g,100g) dan dinar emas(1,5,10 dinar) keluaran public gold..anda berminat dengan kilauannya??sila hubungi perunding emas anda:

muhaimin

mobile:013-2491718

email :starious_00@yahoo.com

Saturday, January 9, 2010

Simpanan emas menjamin masa depan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pencinta emas,peminat emas,pembekal emas, peniaga emas,pembeli emas dan apa sahaja yang berkaitan dengan emas.

Apa yang dimaksudkan dengan emas menjamin masa depan??

Simpanan emas bukan hanya terhad pada hari ini atau esok,bahkan emas sentiasa bernilai untuk selama-lamanya insyaALLAH.nilai emas sentiasa diunjurkan menaik setiap tahun dan jarang sekali kita mendengar harga emas jatuh merudum di pasaran, tidak seperti saham atau matawang yang susut nilainya. sebagai contoh: dulu kita boleh membeli sebungkus nasi lemak dengan harga 50 sen,tapi sekarang untuk mendapat nasi lemak yang sama, kita memerlukan wang RM 1. Tidak adiI bukan?lain pula dengan emas, jika hari ini kita beli kambing dengan satu dinar emas, mungkin suatu hari nanti kita dapat gunakan satu dinar kita untuk membeli seekor lembu. Siapa tahu kan…Dengan kata lain, nilai emas tidak pernah susut.ini kerana harga emas ditetapkan oleh undang-undang bekalan dan permintaan terhadap emas yang sentiasa melampaui bekalan pada setiap tahun. Ini ditambah pula dengan kemerosotan nilai dollar Amerika yang secara langsung mempengaruhi peningkatan harga emas di pasaran. Berikut saya sertakan sedikit analisa yang dipetik dari dinarkedah.blogspot.com.

  • · Pada bulan Mac 2008, emas mencapai harga sebanyak US$1,000 / auns buat kali pertama dalam sejarah. Dalam hanya dua setengah bulan yang pertama pada tahun 2008, emas telah meningkat sebanyak 23%. Pada masa yang sama, bursa-bursa saham di seluruh dunia telah mengalami kerugian diantara 10% hingga 35%.
  • · Harga emas biasanya dijanka menaik semasa ekonomi mengalami kemelesetan. Jika emas dibeli pada bulan Januari 2001, maka emas itu akan meningkat sebanyak 274% pada bulan Mac 2008.
  • · Tahun 2001 dan tahun 2007, apabila harga saham naik sebanyak 19%, harga emas pula naik sebanyak 204%.
  • · Tahun 2008, apabila harga saham turun sebanyak 13%, harga emas pula naik sebanyak 23%.
  • · Tahun 2002 dan tahun 2008, apabila matawang USD mengalami kerugian sebanyak 27%, harga emas pula naik sebanyak 271%.

Emas juga boleh digadai dan dijual jika kita terdesak memerlukan wang segera.nilainya insyaALLAH tidak akan susut bahkan kita pasti tersenyum lebar kerana harga yang ditawarkan untuk emas anda sangatlah tinggi…satu lagi, emas tidak dipengaruhi oleh inflasi ekonomi, tidak seperti wang kita.bayangkan emas kita masih bernilai sama seperti dulu(atau lebih tinggi nilainya) walaupun inflasi ketika itu meningkat 10 kali ganda.pada ketika itu adakah kita masih memilih 100g emas atau 100 ribu wang?tanya lah diri kita..

satu lagi, emas kita juga sentiasa diperakui nilainya setiap masa dan ketika, tidak kira lah pada waktu ekonomi negara stabil ke,berlaku bencana ke, atau apa saja keadaan, nilai emas tetap maintain kukuh. Bayangkan pada waktu ekonomi sesebuah negara tengah stabil, nilai matawang mereka kukuh,rakyat negara tersebut berebut-rebut mendapatkan wang, tapi bila berlaku bencana,apa yang lebih bernilai pada pandangan mata?emas bukan?aduh, menyesal tak beli emas masa ada duit ari tu…

Oleh itu apa yang sahabat ragu lagi??laburlah wang anda dengan membeli seketul, dua ketul atau seberapa banyak emas fizikal yang sahabat mahu. Jika anda berminat untuk membeli emas keluaran public gold, anda boleh hubungi saya 0132491718(mie) atau rangkaian tokeyemas yang lain..kami sedia merealisasikan impian anda.

Thursday, January 7, 2010

Manusia dan Harta

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pencinta emas,peminat emas,pembekal emas, peniaga emas,pembeli emas dan apa sahaja yang berkaitan dengan emas.

Kaya..kaya..kaya..

Itulah perkara yang selalu bermain di minda setiap daripada kita yang bernama manusia ini selagi masih bernyawa. Pelbagai pendekatan sanggup diambil untuk manjadikan dia kaya dan berharta, kalau boleh “he wants to be a richest man in the world”. justeru itu tidak hairan lah hampir setiap hari kita melihat dan mendengar dari media massa tentang pembunuhan, rompakan,ragut dan macam-macam lagi yang sekapal dengan nya.

harTA...tahTA…waniTA…

kerana tiga ‘TA’ inilah kita sering berbalah dan berdendam sesama kita untuk menjadi kaya berharta,manaiki tahta utama berpengikut berjuta dan memiliki dan mewarisi kecantikan wanita yang sementara.

Kerana tiga ‘TA’ inilah menyebabkan kita kecundang untuk menjadi khalifah ALLAH yang setia untuk membawa amanah nabinya “amar makruf nahi mungkar dan beriman kepada ALLAH” sentiasa dan di hari muka syaitan akan tersenyum gembira kerana kita telah menjadi temannya yang mendaftar diri untuk menjadi penghuni nerakaNya selama-lamanya….NAUZUBILLAH.

Saya bukan lah insan sempurna dan mempunyai keimanan yang teguh, tapi sekadar berkongsi rasa bersama sahabat sekalian.apa yang baik semuanya daripada Allah, yang buruk kelemahan saya…wassalam.

Emas…bernilai??

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pencinta emas,peminat emas,pembekal emas, peniaga emas,pembeli emas dan apa sahaja yang berkaitan dengan emas.

Untuk posting kali ini saya nak bawa sahabat2 emas semua berkongsi satu cerita tentang nilai satu emas bagi manusia..saya petik cerita ini daripada halaqah.net ditulis oleh nur wahida fauzi..menarik cerita nie.

Pada suatu masa dahulu, di Mesir hidup seorang sufi yang tersohor bernama Zun-Nun. Seorang pemuda mendatanginya dan bertanya : " Tuan! saya belum paham mengapa orang seperti tuan mesti berpakaian apa seadanya, begitu amat sederhana. Bukankah di zaman ini, berpakaian cantik amat perlu bukan hanya untuk penampilan sahaja namun ia juga untuk tujuan lain lagi." Si sufi hanya tersenyum lalu dia mencabut sebentuk cincin dari salah satu jarinya sambil berkata : "Wahai orang muda! akan aku jawab pertanyaanmu tetapi engkau mesti ter lebih dahulu lakukan suatu hal untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Cubalah samada engkau boleh menjualnya dengan harga satu keping emas."

Melihat cincin Zun-Nun yang kotor itu lalu pemuda tadi merasa ragu-ragu; "Satu keping emas?. Saya tidak yakin cincin ini boleh dijual dengan harga itu."
"Cubalah dulu wahai orang muda. Siapa tahu engkau berhasil
menjualnya."

Pemuda itu pun bergegas ke pasar lalu dia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, penjual sayur, penjual daging dan ikan serta kepada yang lainnya. Ternyata tak seorang pun berani membeli cincin itu dengan harga satu keping emas. Ada juga di antara mereka yang menawarnya dengan harga hanya satu keping perak.

Memang pemuda itu tidak berani menjualnya dengan harga satu keping perak. Dia kembali ke tempat Zun-Nun dan memberitahu tentang keadaannya semasa mencuba untuk menjual cincin tersebut dengan katanya ; "Wahai tuan! tak seorang pun yang berani menawar lebih dari satu keping perak."

Zun-Nun tetap tersenyum faham lalu berkata, "Sekarang pergilah kamu ke kedai emas di belakang jalan ini. Cuba perlihatkan kepada pemilik kedai atau tukang emas di sana. Jangan beritahu kepadanya tentang harganya. Dengarlah apa saja yang bakal diberitahu dan lihatlah bagaimana d ia akan memberikan penilaian terhadap cincin ini."

Pemuda itu pun pergi ke kedai emas yang dimaksudkan itu. Selepas itu dia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Dia kemudian melaporkan perkara yang telah berlaku dengan katanya ; "Wahai tuan!ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sebenar cincin ini. Tukang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. Rupanya
nilai cincin ini seribu kali ganda lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan oleh para pedagang di pasar."

Zun-Nun tersenyum simpul sambil berkata ; "Itulah jawaban atas pertanyaanmu tadi wahai orang muda. Seseorang tak boleh dinilai dari pakaiannya sahaja sebagaimana hanya "para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar" yang menilai demikian rendah terhadap nilai cincin itu sedangkan "pedagang emas" yang lebih arif tentangnya tidak menilai begitu.

Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang hanya boleh dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke dalam jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguknya. Dan itu semua memerlukan kepada proses wahai orang muda. Kita tak boleh menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar dan lihat sekilas. Seringkali yang disangka emas ternyata loyang dan apa yang kita lihat sebagai loyang ternyata emas."