Basuh Minda

Abu Bakar Ibn Abi Maryam telah berkata bahawa rasulullah s.a.w telah bersbda:
“akan tiba pada suatu zaman di mana tiada yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.maka simpan lah Dinar dan dirham”
-Musnad Imam Ahmad bin Hanbal-

promosi emas

sinari hidup anda dengan memiliki sekeping jongkong emas atau 1 dinar emas hari ini juga..kami sedia membantu anda dalam urusan jual dan beli jongkong emas(20g,50g,100g) dan dinar emas(1,5,10 dinar) keluaran public gold..anda berminat dengan kilauannya??sila hubungi perunding emas anda:

muhaimin

mobile:013-2491718

email :starious_00@yahoo.com

Thursday, January 7, 2010

Emas…bernilai??

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pencinta emas,peminat emas,pembekal emas, peniaga emas,pembeli emas dan apa sahaja yang berkaitan dengan emas.

Untuk posting kali ini saya nak bawa sahabat2 emas semua berkongsi satu cerita tentang nilai satu emas bagi manusia..saya petik cerita ini daripada halaqah.net ditulis oleh nur wahida fauzi..menarik cerita nie.

Pada suatu masa dahulu, di Mesir hidup seorang sufi yang tersohor bernama Zun-Nun. Seorang pemuda mendatanginya dan bertanya : " Tuan! saya belum paham mengapa orang seperti tuan mesti berpakaian apa seadanya, begitu amat sederhana. Bukankah di zaman ini, berpakaian cantik amat perlu bukan hanya untuk penampilan sahaja namun ia juga untuk tujuan lain lagi." Si sufi hanya tersenyum lalu dia mencabut sebentuk cincin dari salah satu jarinya sambil berkata : "Wahai orang muda! akan aku jawab pertanyaanmu tetapi engkau mesti ter lebih dahulu lakukan suatu hal untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Cubalah samada engkau boleh menjualnya dengan harga satu keping emas."

Melihat cincin Zun-Nun yang kotor itu lalu pemuda tadi merasa ragu-ragu; "Satu keping emas?. Saya tidak yakin cincin ini boleh dijual dengan harga itu."
"Cubalah dulu wahai orang muda. Siapa tahu engkau berhasil
menjualnya."

Pemuda itu pun bergegas ke pasar lalu dia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, penjual sayur, penjual daging dan ikan serta kepada yang lainnya. Ternyata tak seorang pun berani membeli cincin itu dengan harga satu keping emas. Ada juga di antara mereka yang menawarnya dengan harga hanya satu keping perak.

Memang pemuda itu tidak berani menjualnya dengan harga satu keping perak. Dia kembali ke tempat Zun-Nun dan memberitahu tentang keadaannya semasa mencuba untuk menjual cincin tersebut dengan katanya ; "Wahai tuan! tak seorang pun yang berani menawar lebih dari satu keping perak."

Zun-Nun tetap tersenyum faham lalu berkata, "Sekarang pergilah kamu ke kedai emas di belakang jalan ini. Cuba perlihatkan kepada pemilik kedai atau tukang emas di sana. Jangan beritahu kepadanya tentang harganya. Dengarlah apa saja yang bakal diberitahu dan lihatlah bagaimana d ia akan memberikan penilaian terhadap cincin ini."

Pemuda itu pun pergi ke kedai emas yang dimaksudkan itu. Selepas itu dia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Dia kemudian melaporkan perkara yang telah berlaku dengan katanya ; "Wahai tuan!ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sebenar cincin ini. Tukang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. Rupanya
nilai cincin ini seribu kali ganda lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan oleh para pedagang di pasar."

Zun-Nun tersenyum simpul sambil berkata ; "Itulah jawaban atas pertanyaanmu tadi wahai orang muda. Seseorang tak boleh dinilai dari pakaiannya sahaja sebagaimana hanya "para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar" yang menilai demikian rendah terhadap nilai cincin itu sedangkan "pedagang emas" yang lebih arif tentangnya tidak menilai begitu.

Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang hanya boleh dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke dalam jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguknya. Dan itu semua memerlukan kepada proses wahai orang muda. Kita tak boleh menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar dan lihat sekilas. Seringkali yang disangka emas ternyata loyang dan apa yang kita lihat sebagai loyang ternyata emas."

No comments:

Post a Comment