Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pencinta emas,peminat emas,pembekal emas, peniaga emas,pembeli emas dan apa sahaja yang berkaitan dengan emas.
Kaya..kaya..kaya..
Itulah perkara yang selalu bermain di minda setiap daripada kita yang bernama manusia ini selagi masih bernyawa. Pelbagai pendekatan sanggup diambil untuk manjadikan dia kaya dan berharta, kalau boleh “he wants to be a richest man in the world”. justeru itu tidak hairan lah hampir setiap hari kita melihat dan mendengar dari media massa tentang pembunuhan, rompakan,ragut dan macam-macam lagi yang sekapal dengan nya.
harTA...tahTA…waniTA…
kerana tiga ‘TA’ inilah kita sering berbalah dan berdendam sesama kita untuk menjadi kaya berharta,manaiki tahta utama berpengikut berjuta dan memiliki dan mewarisi kecantikan wanita yang sementara.
Kerana tiga ‘TA’ inilah menyebabkan kita kecundang untuk menjadi khalifah ALLAH yang setia untuk membawa amanah nabinya “amar makruf nahi mungkar dan beriman kepada ALLAH” sentiasa dan di hari muka syaitan akan tersenyum gembira kerana kita telah menjadi temannya yang mendaftar diri untuk menjadi penghuni nerakaNya selama-lamanya….NAUZUBILLAH.
Saya bukan lah insan sempurna dan mempunyai keimanan yang teguh, tapi sekadar berkongsi rasa bersama sahabat sekalian.apa yang baik semuanya daripada Allah, yang buruk kelemahan saya…wassalam.



No comments:
Post a Comment